Isnin, 5 Jun 2017

DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi sayangnya banyak kaum Muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan Maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang dilakukan kaum Muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan Maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW :

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak" (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja. Boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika berbuka puasa :

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh
6. Keluarga bahagia
7. Rahmat Allah
8. Jauh azab kubur
9. Lapang dada
10. Kekalkan iman
11. Ampunkan dosa
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati
14. Jauhi segala penyakit
15. Ibadat diterima
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar
21. Syafaat Nabi SAW
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka
24. Terima kitab tgn kanan
25. Selamat meniti Sirat
26. Selamat fitnah Dajal
27. Ketenangan hati
28. Doa kesejahteraan ibubapa
29. Keluarga yg dirikan solat
30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua.

SUMBER: HAMBA ALLAH (MOGA DIBERKAHI ALLAH)