Isnin, 12 Jun 2017

DOA SELEPAS TERAWIH YG MENUSUK KALBU..

Selepas solat Witir tadi, Imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu...
Amat tersentuh, menitis air mata apabila Imam membacakan doa...
Sewaktu moreh saya tanya Imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. 
Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita semua...

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya :

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين... 

Ya Allah… ya Rahman… ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… 
Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar...

Ya Fattahu ya 'Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah Hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu...
Ya Allah.. Takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah Engkau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu² RahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allahu ya Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik. supaya dgnnya kami dpt beribadah kpd-Mu... 
Ya Allah.. Ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpd-Mu ya Allah…
Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pd-Mu bila ditimpa sakit.
Kami lupa kdp-Mu ketika senang, kami ingat pd-Mu bila ditimpa kesusahan.
Kami lupa kpd-Mu di saat kami gembira, Kami ingat kpd-Mu ketika sedih dan kecewa.
Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sdh tua.. 
Justeru ya Allah...
Ampunilah segala dosa kami..
Berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah… ya Rahman.. ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mengalir dlm diri kami, kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh membawanya ke syurga-Mu ya Allah...

Ya Allahu ya Rahman...
Pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mencari rezeki kpd keluarga kami, kau gantikanlah dgn Keampunan yg membawanya ke syurga-Mu ya Allah... Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...
Justeru, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurga-Mu ya Allah…

Ya Allahu ya Ghaffar... 
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat² kami dan guru² kami yg masih hidup atau yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh.
Golongkanlah mereka dlm kalangan org² kau Redhai…
Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh-Mu, maka Engkau ambillah kami dlm keadaan yg baik dan mentaati-Mu, dlm keampunan dan rahmat-Mu ya Allah…

Ya Allahu ya Raufurrahim…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…
Hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…
Kau jauhkanlah diri kami drpd sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat...

Ya Rashidu ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dlm kalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka Kau bantulah mereka dan permudahkanlah sgl urusan mereka.
Jika ada dlm kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka.
Jika ada dlm kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka dan cukupkanlah keperluan mereka.
Jika ada dlm kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka Kau sembuhkanlah mereka ya Allah. Agar mereka dapat beribadah bersama kami.
Jika ada dlm kalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak² yg taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah tuhan yg Maha Mendengar dan Maha Mengasihi…

Ya Allah ya Malikal Mulk…

Ya Razak ya Fattahu ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati. 
Jadkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgn-Mu..
Sebaliknya, jgnlah Kau jadikan kami drpd golongan yg lupa diri setelah mendapat apa yg kami hajati dlm kehidupan...

Ya Allahu ya Qadir... 
Elokkanlah urusan akhirat kami yg padanya tempat akan kembali utk selama2nya.. 
Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tempat kami menambah amal kebaikan dalam mentaati-Mu ya Allah. 
Jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kpd-Mu dlm keadaan jiwa yg tenang…

Ya Allah ya Zal Jalali wal Ikram…

Ya Allah, jgnlah Engkau jadikan Ramadhan ini sbg Ramadhan yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg.
Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah Ibadah Puasa kami pd thn ini sbg puasa yg Kau Rahmati.
Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman yg menerangi kegelapan hati kami menuju Redha serta kasih sayangmu ya Allah…
Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa² kami.. 
Ya Allah...
Temukanlah kami dgn Lailatulqadar…
Pilihlah kami tergolong dlm kalangan hamba²-Mu yg dpt beramal pd mlm al-Qadr….
Ya Allah... 
Terimalah amalan kami..
Terimalah taubat kami..
Ampunkanlah segala dosa kami..
Amankanlah kehidupan kami di sana nanti yg kekal abadi..
Kurniakanlah kpd kami syurga-Mu yg Maha luas nikmatnya…

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا...
رَبِّ اجْعَلْنَا مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّاتِنَا رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ...
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ...
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ...
والحمد لله رب العالمين...