Rabu, 7 Jun 2017

JANGAN BUANG MASA!!!

JANGAN BUANG MASA

RAMAI kalangan kita suka sangat baca buku2 cerita yang tak mendatangkan kebaikan.

Misalnya sanggup ikuti gosip/cerita artis2 kawin cerai dan macam2 kes tembirang bohong lariskan majalah.

Kekadang cerita semua artis mereka tahu periuk belanganya terbang melayang.

Sedang buku2 yang berunsur ilmu yang baik meski bersepahan tak mereka sentuh dan akhirnya cara mereka berfikir dan bertindak masih di bawah tempurung?tapi berlagak pandai.

Di samping itu ada juga sanggup lihat wayang di "u tube" 100 siri jumlahnya dan wayang itu sudah dihentikan di tv kesan bawa unsur2 negatif alias mendatangkan banyak buruknya.

Kekadang hairan sanggup nonton hingga ada yang melupakan tanggungjawab asas kala ditegur bersikap membentak pula.

Jika kita mahu baca buku kena pilihlah buku yang bagus bukan buku2 atau majalah yang bawa kemunduran.  

Jika nonton filem, biarlah filem yang baik datangkan ilmu bukan bawa pesan negatif bertentangan dengan agama dan budaya bangsa kita.

Jika begitulah sikap anak bangsa kita, maka jawabnya kita lagi jauh tertinggal di belakang.

Bangsa yang maju bangsa yang berilmu dan bangsa yang bersikap ulat buku @ kuat membaca.

Sahur!
Sahur!
Sahur!

ISMAILY BUNGSU
3:18am