Ahad, 11 Jun 2017

KENAPA PETUGAS KERETA PERONDA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR???

Saya selalu mengikuti perkembangan kiriman komen dalam Rakan BH (Berita Harian). Topik sekarang ini yang banyak diperkatakan ialah mengenai kenapa petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang tidak memakai tali pinggang keledar.
Disini saya berikan jawapannya dan saya kongsi bersama pembaca blog....

Jangan anda pula bercakap seperti mereka tanpa cuba mencari fakta. 

Sebab-sebabnya: Undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan setiap pemandu dan penumpang-penumpang 
kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar berkuat kuasa sejak 1 haribulan Januari 1979. Walaupun begitu, pada 1978 satu seksyen peraturan kenderaan bermotor telah dikuatkuasakan iaitu Seksyen 7 (a) keselamatan tali pinggang [ P.U. (A) 378 ] memberikan pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan ambulans daripada memakai tali pinggang keledar. 
Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dan dalam tugas kawalan VVIP bagi memudahkan diaorang melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan.

cp.