Ahad, 4 Jun 2017

KEUTAMAAN WANITA SOLAT DIRUMAH

Walaupun banyak dalil2 soheh menceritakan tentang fadhilat bagi kaum lelaki berjamaah di masjid sehingga apabila lelaki pergi berjamaah di masjid pada waktu subuh ia mendapat pahala solat sama seperti ia solat disepanjang malam lalu diberi lagi ganjaran pahala yg hebat sekiranya ia berada di saf hadapan.

Namun walaupun wanita tidak di perintahkan untuk menyertai jamaah dimasjid/surau , para wanita TETAP diberi ganjaran yang mana ia lebih baik sekiranya ia solat dirumah seorang diri. Maksudnya ia mendapat ganjaran pahala  melebihi ganjaran pahala solat berjamaah dimasjid. Ini telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w di dalam riwayat dari sanad yang baik iaitu kata Nabi s.a.w ""Sebaik-baik masjid bagi para wanita adalah solat di rumah-rumah mereka."(HR. Ahmad)

Kemudian Nabi s.a.w menjelaskan lagi bahawa solat wanita di ruangan yang kecil seperti di dalam bilik itu lebih lebih utama/afdhal/lebih baik dari ia solat di ruang yang besar (ruang tamu) . Hadis ini dibawakan oleh Imam Abu Daud dan disohehkan oleh Syaikh Al-Albani.

Namun Nabi s.a.w tidak melarang wanita utk berjamah di masjid dan mengarahkan para suami agar membenarkan mereka solat dimasjid meskipun solat dirumah itu lebih baik bagi mereka.

KENAPAKAH WANITA LEBIH UTAMA SOLAT DI RUMAH?

Ini kerana Agama lebih mengutamakan aurat mereka agar dipelihara kerana tubuh wanita itu adalah aurat, sekalipun mereka menutup aurat namun diri mereka itu tetap memberi pengaruh yg kuat kepada kaum lelaki untuk melihatnya kerana Syaitan akan memperintahkan tubuh wanita itu untuk perhatian lelaki. Di dalam riwayat yang soheh, Imam Tarmidzi membawakan hadis, kata Nabi s.a.w "Wanita itu adalah aurat. Apabila dia keluar maka syaitan akan memperindahnya (diri mereka untuk diperhatikan) di mata laki-laki".  Maka kerana itu para wanita yang solat dirumah diberi ganjaran yang lebih oleh Allah SWT dari ia mendatangi masjid.  Dan di utamakan bagi mereka untuk solat diruang yg kecil agar tubuh mereka tidak disaksikan oleh orang lain.

MAKA INILAH KELEBIHAN YANG ALLAH SWT BERIKAN KEPADA KAUM HAWA MUDAH2AN KAUM HAWA DAPAT MENJAGA SOLAT DI AWAL WAKTU DAN ISTIQOMAH MENJAGA SOLAT.

Sumber: SWMBANG WHATSAPP
Gambar Latar : Jemaah Muslimah Surau Nur Iman Pinawantai Ranau.