Khamis, 15 Jun 2017

PANDUAN BERAMAL PADA 10 MALAM TERAKHIR DAN DOA2, ISTIGHFAR & ZIKIR2 YANG BAIK UNTUK DI AMALKAN  PADA 10 MALAM TERAKHIR BERMULA KHAMIS MALAM.

Mana mungkin sebagai muslim YG BERIMAN kita tak nak ambil peluang untuk merebut GANJARAN PAHALA YG LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN.
Jadi... sekiranya kita yang dahulu pada 10 malam terakhir Ramadhan disibukkan dengan main mercun, bakar meriam, cari jualan offer, kacau dodol, kemas rumah maka TRANSFORM LAH DIRI KITA YG TELAH MENDAPAT "HIDAYAH SUNNAH" INI UNTUK KITA RAIH@DAPATKAN SESUATU YG NILAINYA MASYAA ALLAH SELEPAS KEMATIAN KITA.

Waktu yang terbaik untuk kita mula berjaga malam adalah 2 pagi dan PALING HABIS LEWAT PUN jam 4 pagi kita dah standby ditikar sejadah. Bagi yang mampu bangun 2 pagi, segarkan diri, (minum kopi sikit dulu jika perlu utk elak mengantuk), mulakan dengan 2 rakaat solat sunat wudhuk dan kemudian baca Quran sehingga jam 4 pagi. Bagi yang tak mampu baca Quran maka kalian terus2 menerus berzikir sehingga jam 4 pagi. Jadi jam 4 pagi kita mula bertahjud sehingga jam 5 pgi , kemudian persiapkanlah utk sahur. Tempoh 1 jam utk bertahjud itu tidak terlalu lama. Bacalah  lambat2, lamakan sujud dengan membaca doa2 dari hadith dan Al-Quran. Selangilah 2 rakaat solat itu dengan dzikir , istighfar serta doa. Bagi wanita HAID, kalian terus menerus baca Quran, selangilah dengan zikir dan doa hinggalah ke waktu sahur, bagi yg tidak mampu baca Quran maka kalian terus menerus berzikir tanpa hitungan sehingga sahur.

Apakah permintaan terpenting di malam lailatul qadar? Jawabnya adalah minta dosa kita diampunkan, minta di jauhkan dari api neraka dan minta syugra.

Jadi mula2 kita bangun tidur bila terjaga malam maka kita baca ni dulu "La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay-in qadri, alhamdulillah wa subhanallah wa la ilaha illallah wallahu akbar, wa la hawla wa la quwwata illa billah" kemudian kita baca "Rabirfirli, Rabirfirli"

🌸 DOA2 DI DALAM SUJUD (BACA YG MANA TERMAMPU), JIKA TIDAK HAFAL MAKA BACA GUNA HANDPHONE SELEPAS SOLAT:-

1)
للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, karenanya maafkanlah aku.

2)
اللهم إني أسئلك رضاك والجنة
وأعوذبك من سخطك والنار

Allahumma Inni As Aluka Ridhaka Wal Jannah Wa A’uzubika Min Sakhathika Wannaar” ( Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu dan daripada azab api neraka”

3)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِـمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَـتِكَ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ ، لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ ، كَمَا أَثْــــنَــــيْتَ عَلَى نَــــفْسِكَ
ALLAHUMMA INNII A-‘UUDZU BI RIDHAA-KA MIN SAKHATIK, WA BI MU’AAFATIKA MIN ‘UQUUBATIK, WA A-‘UUDZU BIKA MIN-KA, LAA UH-SHII TSA-NAA-AN ‘ALAIKA ANTA, KAMAA ATS-NAITA ‘ALAA NAFSIK

“Ya Allah, aku berlindung dengan ridha-Mu dari kemurkaan-Mu, aku berlindung dengan maaf-Mu dari hukuman-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa-Mu. Aku tidak mampu menyebut semua pujian untuk-Mu, sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.”

4)

اللهم  َربَّنا ظَلَمنا أَنفُسَنا وَإِن لَم تَغفِر لَنا وَتَرحَمنا لَنَكونَنَّ مِنَ الخٰسِرينَ
Allah humma Rabbana zalamna anfusana wa in lam taghfirlana watar hamna lana koonanna minal khasireen
“YA ALLAH ,TUHAN KAMI, KAMI TELAH MENGANIAYA DIRI KAMI SENDIRI, DAN JIKA ENGKAU TIDAK MENGAMPUNI KAMI DAN MEMBERI RAHMAT KEPADA KAMI, NISCAYA PASTILAH KAMI TERMASUK ORANG-ORANG YANG MERUGI).
SURAH AL-A`RAF,ayat 23

5)
اللهم آتنا في الدنيا حسنة، وفي الآخرة حسنة، وقنا عذاب النار‏
Allah humma atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar
“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.”

🌸 ISTIGHFAR YANG BAIK DIBACA UTK  DIBACA SELEPAS SOLAT TAHJUD:-

1) SAYYIDUL ISTIGHFAR (Ucapan berulang kali semampunya)

2) (Ucapan berulang kali semampunya)
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

RABBIGHFIRLII WATUB 'ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWAABUR RAHIIM.
Ertinya : Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang

🌸 ZIKIR2 YANG SANGAT BAIK UNTUK KITA BACA PADA MALAM 10 TERAKHIR INI. (Bagi wanita haid atau yang kerja malam,maka amal zikir2 ini dan diselangi dengan istighfar & doa2 di atas)

1) (Ucapan berulang kali semampunya)
سُبْحَانَ اللّهِ - والْحَمْدُللّهِ - وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ - وَ اللّهُ اَكْبَرُ

2) (Ucapan berulang kali semampunya)
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay-in qadir

3) (Ucapan berulang kali semampunya)
سُبحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ-
"Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim"

4) (Ucapan berulang kali semampunya)
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ 

"Laa hawla wa laa quwwata illa billah”

~ SELAMAT BERAMAL..

C/p