Isnin, 5 Jun 2017

TAUBAT SEBELUM QURAN DIHILANGKAN

Al-Quran adalah satu rahmat Allah yang besar. Segala kehendak dan cara untuk sembah Allah ada dalam quran. Ia juga adalah satu-satunya kitab yang menceritakan segalanya tentang agama, sains, politik, ekonomi dan ia adalah petunjuk.

Selagi Quran masih ada, diampunkan dosa kita, pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang beriman.

Abdulllah bin Mas'ud berkata, "Sungguh, kelak Al-Quran akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun." (HR. Thabrani)

Mungkin Kita pernah mendengar sebelum ini kehilangan cetakan mukasurat pada Al Quran. Kehilangan muka surat adalah sebahagian daripada kebesaran Allah SWT dan ingatan kepada semua pihak supaya tidak meninggalkan ajaran agama Islam sekali gus mendalami dan memahami isi kandungan al-Quran.

Difahamkan, halaman muka surat kosong dan beberapa potong ayat al-Quran yang hilang itu adalah surah mengisahkan tanda ketibaan hari kiamat dan kisah Nabi Muhammad SAW.

Satu hari nanti, Quran benar-benar akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah)

Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti 'ada sesuatu' yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana
sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan solat dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat…..

Sumber: ๐Ÿ‘ณ๐ŸปMempening๐Ÿ‘ณ๐Ÿป,