Jumaat, 28 Mei 2010

Rahsia Khazanah Batu Kristal Bukit Molong-Kolong

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Kampung Pinawantai Ranau, pasti tidak akan melupai kenangan melihat Bukit Molong-Kolong yang Nampak jelas dari sini. 

Nuluo Molong-Kolong (Bukit Bersinar) nampak jelas dan kalau diperhatikan dengan teliti, kelihatan satu tempat yang tidak berhutan dan berwarna putih bersinar-sinar dari jauh. 

Hah inilah dia rahsia Molong-Kolong, satu timbunan harta dan berlian serta batu kristal yang bernilai puluhan malah ratusan juta ringgit. 

Tentu anda tidak percaya kerana ia hanyalah satu cerita tetapi berdasarkan pemikiran secara logic, tempat tersebut agak curam dan berbahaya bagi sesiapa yang mencuba untuk mendekati tempat tersebut. 

Menurut cerita orang-orang kampung, ada beberapa orang yang telah berjaya sampai ditempat tersebut dan berjaya membawa hanya serpihan batu Kristal kerana dihalang oleh semangat jahat yang sedang menjaga kawasan tersebut. 

Dengan susah payah meredah hutan dan mendaki curam dan lurah bukit berhari-hari, hanya satu serpihan batu Kristal yang berjaya dibawa turun, itupun dengan bertukar barang tertentu, barulah penunggu tersebut akan memberikan dan menunaikan hajat mereka. 

Saya telah diceritakan bahawa penunggu tersebut menyukai tukaran seperti ayam putih, dan bermacam-macam lagi hinggakan ia pernah meminta seekor lembu sebagai tukaran.