Jumaat, 21 Mei 2010

Ubat semburan hidung 357 Nasal Spray-BAHAYA !

Media sekarang ini sibuk dengan sejenis ubat berbahaya ini. Jika ada yang mengalami masalah hidung tersumbat hari ini, elakkanlah daripada membeli atau menggunakan produk tradisional ubat semburan hidung “357 Nasal Spray” yang dikeluarkan oleh syarikat Three Five Seven Sdn. Bhd. 

Pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) berikutan pengesanan racun berjadual, dexamethasone yang terkandung dalam produk tersebut. 

Penggunaannya dalam perubatan tradisional tanpa pengawasan doktor boleh mengakibatkan kesan advers serius seperti tekanan darah tinggi, edema iaitu bengkak pada tisu lembut dan sindrom Cushingoid yang menyebabkan muka menjadi tembam dan berat badan meningkat. 

Produk itu telah disahkan dicampur dengan dexamentasone dan anda dinasihati supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar. Kalau dah tau benda ini berbahaya...so fikir-fikirkanlah sendiri...Sihat atau sakitnya anda, anda sendiri yang tanggung...