Sabtu, 19 Jun 2010

Fakta Tentang Haid!

MINUMAN MELANCARKAN HAID 
Kunyit berguna untuk membersihkan darah kerana bersifat antibiotik. Minuman yang diperbuat dari kunyit elok diminum kerana mampu membuatkan kamu berasa lebih rileks sehingga kesakitan haid tidak begitu terasa. Minuman ini tidak boleh dianggap melancarkan perjalanan haid, tetapi lebih tepat mampu membuatkan badan kamu berasa lebih ‘fresh’. Selain kunyit, mengkudu juga mempunyai khasiat yang baik untuk system pembuluh darah. 

MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARUS DIHINDARI 
Semua makanan yang ‘merangsang’, seperti daging kambing dan durian, akan membuat kesakitan ketika haid menjadi lebih terasa. Makanan lain yang harus dihindari adalah yang mengandung ‘prostaglandin’ tinggi, seperti nanas muda. Manakala minuman anggur yang beralkohol pula, jika diminum ketika haid akan membuat haid menjadi bertambah banyak kerana anggur melebarkan pembuluh darah. Makanan lain yang boleh menimbulkan rasa ngilu ialah jenis kafein seperti kopi dan the atau ubat yang mengandungi unsur tersebut. 

EFEK BERDIET 
Semua makanan yang boleh menyebabkan seseorang mudah stress atau membuat jantung berdegup kencang dan darah tinggi harus dihindari. Jika kamu berdiet dengan menghindari makanan daging, tubuh pasti akan menjadi lebih rileks. Perbanyakkan makan sayur-sayuran.