Sabtu, 19 Jun 2010

Baik Buruk Memakai ‘Panty-Liner’

‘Panty-Shield’ atau ‘Panty-Liner’ adalah sejenis tuala wanita, namun lebih kecil dan tipis. Memakai ‘panty-liner’ membuatkan vagina/faraj menjadi lebih kering dan selesa. Walaubagaimanapun adakalanya memakai ‘panty-liner’ ini bakal mengundang juga masalah. 

KEBAIKAN MEMAKAI ‘PANTY-LINER’ 
Jika anda sedang mengalami keputihan, setelah haid kering, dan ketika waktu subur, keputihan tersebut akan membuatkan seluar dalam kamu menjadi basah sehingga membuatkan vagina kamu menjadi lembab dan gatal. Biasanya sehabis haid akan keluar kesan-kesan darah, demi keselesaan sebaiknya pakai sahaja ‘panty-liner’. Begitu juga waktu subur, biasanya ditandai dengan keluarnya cairan putih yang cukup kental, antara dua hingga lima hari setelah haid kamu habis. 

KEBURUKAN MEMAKAI ‘PANTY-LINER’ 
Apabila kamu memakainya pada setiap hari tanpa alas an yang jelas, ia akan mempengaruhi pertukaran udara di sekitar vagina kamu. Atau ketika kamu tidak mencuci bersih vagina ketika selesai membuang air kecil, atau tidak mengelapnya sehingga kering sedangkan masih ada air di sekitar vagina kamu semasa kamu mencucinya. Begitu juga jika kamu terlupa untuk menukar ‘panty-liner’ sedangkan kamu tahu ia sudah basah akibat cairan vagina seperti keputihan atau percikan air kencing. Kulat, jangkitan kuman, dan kegatalan boleh terjadi. Oleh itu, ada baiknya kamu berhati-hati.