Sabtu, 19 Jun 2010

Ketahui Jenis-Jenis Dadah!

DADAH TERBAHAGI KEPADA 7 JENIS IAITU; 

1. OPIAT Candu, kodein, heroin dan morfin. -Digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. 

2.CANABINOID Ganja, marijuana dan hashish. -Dadah seperti ini dapat diperolehi dari pokok genus cannabis .THC (Tetra Hydrocannibol). 

3. STIMULAN Phetamine kokain. -Daun koka, kokain freebase, crack cocain dan paste kokain. 

4. HALUSINOGEN Iysergic acid, halluceno-genic mushroom, diethylamide (LSD), phenlyclidine (PCP, katamine dan diymethyltrp tamine (DMT). -Dadah jenis yang asli dan sintetik, yang mampu mengubah pandangan visual iaitu sukar untuk dapat membezakan yang benar atau tidak benar. 

5. PSIKOTRAPIK (ATS) Methamphetamine, pil ecstasy (XTC) dan methylene dioxymetham phetamine (MDMA) -Jenis dadah ini adalah dadah yang bertindak dengan merangsang bahagian otak dan fizikal. 

6. DEPRESEN Rohypnol, methaqualone, dan traquliser. -Ubat penenang bagi menukarkan system saraf pusat, digunakan sebagai bahan perubatan. (copyright: pinawantairanau.blogspot.com) 

7. INHALANT Thinner, gam, minyak petrol, ubat nyamuk, cecair pemetik api, cairan cat, marker pen, krim pencuci, spray rambut dan lain-lain. -Walaubagaimanapun ia belum ditakrifkan sebagai dadah walaupun banyak persamaan dengan dadah jika dilihat pada kesannya. 

KESAN NEGATIF PENGAMBILAN DADAH 

i) Kesan pengambilan dadah melalui suntikan. • Meningitis – penyakit jangkitan otak. • Tetanus atau penyakit kancing dagu. • Penyakit kulit seperti kudis, kurap, bisul dan lain-lain. • Endokarditis –jangkitan jantung. • AIDS, hepatitis B, C, dan D. 

ii) Kesan pengambilan dadah melalui mulut. • Kerosakan system ginjal (buah pinggang). • Kerosakan system penghadaman (zat makanan tidak mencukupi). • Kerosakan paru-paru dan hati. • Berat badan menurun dan lumpuh. • Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya) UNDANG-UNDANG BERKAITAN DADAH DI MALAYSIA Ia meliputi aspek-aspek pencegahan dan pemulihan terhadap mangsa dadah durjana. Penalti yang berat dikenakan adalah menggambarkan kesungguhan Kerajaan Malaysia membanteras masalah ini. Lima undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah iaitu;  Akta Dadah Berbahaya, 1952  Akta Racun 1952  Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998  Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas), 1985  Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta), 1988 DADAH SINTETIK, MEMPROSES DAN PEMPROSESAN 

Amat mudah memproses dadah jenis sintetik kerana bahan-bahan yang diperlukan boleh diperolehi dari supermarket. Seperti contoh ialah peluntur, minyak masak dan sebagainya. Adalah perlu diketahui bahawa walaupun terdapat banyak sekali panduan-panduan begini yang terdapat dalam jaringan internet, namun anda harus kena ingat undang-undang tetap akan menjerut leher anda di tali gantung. Beringat sebelum anda diingati (mati di tali gantung). Kepada yang belum pernah mencuba apakah rasanya dadah itu, baik anda fikir semula dan cari benda lain yang belum pernah anda cuba seperti bermain skate board, main game, cari ramai rakan di Facebook, atau cubalah menanam sayur atau bunga di halaman rumah, bagi yang tak pernah berkunjung ke masjid, nah cubalah dekati diri anda dengan kepuasan suntikan rohani lebih hebat dan syurga yang dikhayalkan oleh para mat gian anda akan perolehi secara realiti.. marilah kawan-kawan semua kita laungkan dalam hati.. slogan BELIA PALING BENCI DADAHHHHHH. (copyright: pinawantairanau.blogspot.com)