Sabtu, 19 Jun 2010

Kenali Seseorang Menerusi Warna Kegemarannya.

MERAH 
Individu yang meminati warna merah dikatakan memiliki sifat yang tegas dan sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan dalam kehidupan kearah yang lebih positif dari semasa ke semasa. Peminat warna ini juga memiliki mood yang agak panas! 

HIJAU 
Berhati-hati dan teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Sikap bertanggungjawab juga sentiasa mendapat perhatian individu yang gemarkan warna hijau ini. Lebih istimewa lagi orangnya dianggap sangat penyayang. 

PUTIH 
Individu yang gemar warna ini disifatkan sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan optimis dalam membuat sesuatu keputusan. Sikap kurang bercakap ada kalanya agak membimbangkan. Selain itu ia juga suka menyimpan rahsia membuatkan individu di sekelilingnya sukar memahami dirinya. (copyright; pinawantairanau.blogspot.com). 

KUNING 
Bijak mengimbangi antara hal peribadi dan kerja. Karisma yang dimilikinya sering mendapat perhatian dan ramai yang jatuh hati dengan keperibadian yang dimilikinya itu. 

JINGGA 
Penggemar warna ini dianggap sebagai individu yang sukakan cabaran dan gemar bersaing. Keunikan warna ini turut memperlihatkan sikap si penggemarnya yang memiliki idea kreatif dalam pelbagai perkara. Dari sudut lain pula mereka dikategorikan sebagai individu yang setia terhadap pasangannya.