“Saya berusia 20 tahun dan sudah hampir dua tahun saya menderita keputihan, biarpun ada ketikanya keadaan tersebut seakan hampir pulih. Cairan yang keluar berwarna kekuningan dan agak berbau. Apa yang harus saya lakukan?”
KEPUTIHAN atau adanya cairan yang keluar melalui kemaluan (vagina) dalam jumlah lebih dari biasa mungkin merupakan keadaan normal atau boleh jadi juga gejala penyakit tertentu.
Contoh keadaan normal adalah pada masa subur. Ketika itu , lendir yang dihasilkan oleh kelenjer bahagian dalam permukaan rahim akan meningkat jumlahnya. Lendir ini jernih dan tidak menimbulkan bau busuk.
Keputihan yang menimbulkan kelainan perlu diberi perhatian serius, misalnya keputihan yang berwarna, bercampur darah, menimbulkan rasa gatal, atau panas (seperti rasa terbakar).
Keadaan ini boleh disebabkan oleh jangkitan di kawasan vargina, mulut rahim atau rahim dan kesan alergi. Oleh kerana itu, keputihan harus diperiksa oleh doktor untuk menentukan penyebabnya dan boleh diatasi dengan cepat.
