Sabtu, 19 Jun 2010

Pisang baik untuk kecantikan?

Benarkah pisang baik untuk kecantikan? Siapa kata? Bukankah pisang ini hanya makanan bagi sang monyet? He he he… 

Dan setahu saya pengambilan pisang yang banyak akan menyebabkan berat badan akan naik. Bagaimana tu? 

Sebenarnya pisang mempunyai banyak keistemewaan, contohnya masker. Masker pisang boleh mencegah bertambahnya kedutan pada wajah kamu. 

Selain memberikan gizi yang bermanfaat bagi kulit, pisang juga terbukti mampu menahan kadar air dalam sel kulit sehingga ketegangan kulit tetap terjaga. 

Selain daripada itu, kandungan vitamin C nya juga boleh menghilangkan segala sel kulit mati dan wajah nampak lebih ceria dan lebih cerah. (copyright: pinawantairanau.blogspot.com) Nah sekarang tahulah kita bahawa pisang ini amatlah berkeupayaan dalam memberikan wajah kita sesuatu sentuhan ajaib. 

Tak perlulah berbelanja lebih untuk proses ‘paitung’ muka yang mana akan lebih memberikan kesan buruk jangka panjang. Di Australia, pisang adalah buah-buahan import yang amat mahal dan digemari kerana di Australia pisang ini tidak ditanam secara meluas berbanding di Malaysia. 

Lain pula di Malaysia, buah epal dan anggur yang kebanyakannya diimport dari Australia adalah makanan yang dianggap lebih mewah berbanding dengan pisang. Fikir-fikirkanlah!