Isnin, 19 Julai 2010

Khasiat Kangkung Sebagai Anti Racun

Dalam hidup kita seharian, kita selalu dihidangkan dengan pelbagai menu daripada kangkung. Tidak dinafikan rasa hidangan ini amat lazat. Kangkung adalah termasuk dalam kategori tumbuhan yang tumbuh dengan cepat. 

Bagi penanam kangkung, hasilnya boleh didapati dengan cepat iaitu dalam jangka waktu dua hingga lima minggu. Terdapat dua jenis kangkung iaitu kangkung darat (kangkun cina) dan kangkung air yang tumbuh secara semulajadi dikawasan berair seperti di sawah atau di parit-parit saliran air seperti yang banyak terdapat di Tudangan Ranau, di tepi-tepi kolam, sungai dan paya seperti yang biasa didapati oleh penduduk Pinawantai. 

Menurut pakar kesihatan dari Filipina, Herminia de Guzman, kangkung dianggap sebagai penghilang racun dari tubuh. Di Filipina sendiri, kangkung digunakan untuk membantu menyembuhkan sembelit dan ubat bagi mereka yang sedang berdiet. Bagi mengubati masalah buasir, akar kangkung boleh digunakan. Manfaat pada kangkung sangat tinggi dan banyak mengandungi vitamin A, B1, dan C serta protein, kalsium, fosfor, zat besi, karoten, sitosterol dan hentriakontan.