Masalah sukar tidur amat merunsingkan kepala setiap orang yang mengalaminya. Apatah lagi keesokan harinya anda harus melakukan sesuatu tugas yang penting dan memerlukan tumpuan. Kurang tidur menyebabkan tekanan dan mengantuk di tempat kerja.
Berikut adalah beberapa tip untuk mengatasi masalah sukar untuk melelapkan mata;
1. Jika mata masih segar, lakukan aktiviti yang agak berat seperti menyusun perkakas dalam rumah atau bilik tidur.
2. Minum susu panas dan ia memberikan ketenangan dan menyebabkan rasa mengantuk.
3. Lakukan aktiviti yang membosankan seperti bermain permainan video yang tidak diminati, mencongak sesuatu soalan matematik, membuat anggaran terhadap keluasan bilik dan sebagainya.
4. Cuba ingati setiap perkara yang menyenangkan sepanjang hari. Mengingati perkara yang buruk akan menyebabkan mata menjadi lebih segar dan sukar tidur.
5. Membaca novel yang telah pun dibaca.
6. Berpura-pura mengantuk seperti memberatkan mata dan menguap berkali-kali.