Jumaat, 31 Disember 2010

Khasiat Avokado

Mampu Cegah Penyakit Mata, Jantung, Obesiti Dan Melembutkan Kulit
Nama Saintifik : PERSEA AMERICANA
Kelas Tumbuhan : Berbunga, keluarga Lauraceae
Asal : Mexico dan Amerika Tengah, ditanam di negara2 seperti Afrika Selatan, Australia dan New Zealand.
Kategori buah : Terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Bacon, fuerte, gwen, hass, pinkerton, reed dan zutano.
Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan ialah daun, buah, kulit kayu dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia mengandungi juga asid oleik iaitu sejenis lemak tak tepu tunggal yang jika dimakan bukan sahaja mampu meningkatkan kolesterol baik.
Disebabkan kandungan potassium yang tinggi dalam buahnya, pengambilan avokado secara kerap juga mampu mekanan merendahkan tekanan darah. Kandungan folat di dalam buahnya juga mengandungi zat baik untuk kesihatan jantung. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang kerap mengambil kandungan asid folat, mempunyai risiko yang rendah iaitu sebanyak 55% untuk mendapatkan serangan jantung dan penyakit jantung.
Walaupun avokado tinggi dengan lemak iaitu kira-kira 30gram lemak bagi sebiji avocado, namun itu tidak menghalang khasiat buah ini untuk meraka yang mahu mengurangkan berat badan. Pengambilan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan zat amat baik untuk tubuh. Lemak daripada avokado juga dikatakan mampu membantu tubuh berasa lebih kenyang dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada meningkat. Ia juga mengandungi lutein iaitu sejenis antioksidan yang amat baik untuk mata. Pengambilan makanan yang tinggi lutein dikatakan mampu mencegah penyakit mata seperti katarak dan kemerosotan makular.
Kebaikan lain buah avokado ialah mampu mencegah arteriosklerosis, merangsang pembentukan kolagen sekali gus membantu kulit mengalami penuaan, membantu menentang masalah kulit seperti ekzema dermatitis dan jerawat. Selain itu, ia juga boleh dihancurkan dan ditampal pada ruam dan kulit kasar. Kesannya, kulit akan menjadi lebih lembut.  Minyak yang diekstrak daripada buah avocado boleh dijadikan sebagai losen kulit dan minyak urut.
Penggunaannya dikatakan mampu memperbaiki kulit menjadi lebih bermaya. Isinya yang lembut dan berkrim amat sesuai untuk dijadikan sebagai buah segar pertama dimakan oleh bayi.
Daunnya pula dikatakan boleh direbus dan kemudiannya dijadikan sebagai ubat. Air rebusan yang dikatakan bersifat diuretic ini mampu membersikan hati dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Manakala daunnya yang telah dicampurkan dengan kulit pokoknya lalu direbus boleh digunakan untuk tujuan merawat masalah kesihatan yang berlaku pada perut dan dada. Air rebusan ini juga dikatakan mampu mengawal ketetapan kitaran haid. Bagi mereka yang sering mengalami masalah disenteri, dikatakan biji avocado boleh digunakan sebagai ubat. Di Amazon, biji buah avocado juga dijadikan sebagai ubat pencegah kehamilan.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah, daun, biji dan kulit pokok avocado, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan agar kemudaratan di kemudian hari akan dapat dielakkan.