Selasa, 28 Disember 2010

Puas Hati Dengan Kerjaya Anda??

Apa matlamat sebenar anda? Adakah anda mahu teruskan dengan kedudukan anda sekarang? Sebenarnya memang perit kehidupan sebagai seorang pejawat awam mahupun pejawat jawatan di agensi-agensi swasta. Saya tidak nafikan kerana saya sendiri adalah salah seorang sebagai pejawat tugasan-tugasan berat tersebut. Kenapa saya katakana berat? Cuba anda hitung-hitung semula sebanyak mana masa yang anda luangkan demi untuk kerjaya anda itu, cuba lihat semula keringat yang telah anda perah selama ini, adakah ianya telah dibalas dengan balasan yang sepatutnya.. saban hari kita melihat adanya konfirasi dan pilih kasih atau ketidak adilan dalam bahagian pentadbiran intitusi anda. Satu kebohongan kalau anda katakan bahawa anda telah pun sangat baik dalam arena yang anda ceburi. Mustahillah kalau anda tidak pernah merasa kesal mahupun geram dengan segelintir cabaran yang terpikul di bahu anda. Bercakap soal gaji, memang gaji anda besar, cukup untuk membeli kereta pra-mewah, membina rumah sederhana dan sebagainya. Berapa sangat gaji kita ini dibandingkan dengan gaji mereka yang ‘duduk-duduk’ goyang kaki di bilik berasingan dan kerjanya hanya ‘menempelak dan memaki hamun’ kita kerana kita lewat hanya seminit.. atau kita terbuat kesilapan yang tak sepatutnya perlu di caci maki. Setiap dari kita yang telah terjebak dalam arena kucar kacir ini sesekali juga pernah terfikir untuk meninggalkan bidang seperti sarang anai-anai ini.. kenapa saya katakana sarang anai-anai.. bila-bila masa boleh ‘kondem’ atau kalau lari keluar serta merta dari sarang alamatnya mati sia-sia dimakan haiwan lain. Cukuplah tu wahai majikan-majikan ‘super’ yang tak tahu beban kami sebagai pejawat kesengsaraan ini, usah ditambah lagi beban sedia ada ini yang kononnya untuk penahbahbaikan.. bak tambah baik apa??? Sebelum ini pun dah cukup baik.. ini bukan lagi untuk menambahbaik tetapu bakal-bakal menambah pesakit mental di hospital-hospital bahagia..
 
Saya hairan setiap masa apabila ‘ikan jerung’ ini berubah atau bertukar orangnya, maka habis ‘ikan-ikan’ bilis di sekelilingnya dirembat dengan berbagai-bagai ‘dasar baru’ yang saya boleh katakana ‘amat kejam’, kerana ianya diujudkan hanya untuk melakar nama untuk si jerung itu sahaja.. melukis dan mewarnakan hidung si jerung supaya buntutnya boleh kembang selebar 7 petalah bumi apabila namanya disebut di media-media masa kononnya membawa perubahan kepada bidang-bidang tertentu. Si ikan bilis yang kurus kering ini terkapai-kapai dan terhenjut-henjut apabila disorong kesana-sini untuk mempelajari atau mempraktikkan system baru si jerung busuk ini.. Si ikan bilis yang dah gemuk tu lah sahaja yang makin hari makin gemuk lebih gemuk dari batang kayu balak.. dah lah muka macam kayu balak.. terhengeh-hengeh nak mengampuh si jerung ini.. Huuh.. apa lagi nak dikata.. Sistem kita kucar-kacir.. Bukannya saya anti kemajuan.. tapi sekadar ingin mengajak pembaca untuk berfikir..