Rabu, 29 Disember 2010

Matlamat Saya?

Berapa gaji anda? Memang besar kan.. hingga mampu nak beli kereta ‘double cabin’ atau dengan nama lainnya ‘pikap’ dan mempunyai panggilan mesra di Barat sebagai ‘trak’. Bukannya apa… sorryyylah yang terasa.. Saya Cuma nak meluahkan sedikit ‘rasa’ yang ter’ngiiing’ dalam hati saya/ Dorang ni sibuk sangat nak suruh atau nak cadang itu ini..nak bagi nasihatlah konon, nak suruh beli kereta jenis yang begini.. jenis yang begitu.. macam si anu punya.. Hahaha bukan tak sanggup nak beli.. memang sanggup… tapi inilah yang dikatakan rahmat tuhan atas perbezaan kita.. Atitude dan Longitud aku dan diorang tidak sama… Saya seorang yang bermatlamat dan berwawasan.. bukan berwawasan untuk menjadi ‘segu semerlang’ tapi mahu lebih dari itu… Ok ikuti cerita saya selanjutnya.
Saya pernah terfikir untuk menambah satu lagi kereta seperti mana rakan-rakan lain.. dan juga pernah mencuba untuk meng’apply’ rumah apartmen di tengah bandaraya… tetapi memandangkan ‘sasaran’ sebenar saya lain.. saya bukannya mahu ‘dmax’ atau ‘vigo’ atau ‘navara’… saya juga tidak mahu sekadar ‘apartmen’ atau rumah flat.. Nak tau apa yang saya mahu? Ok Kereta ferari + Toyota Cygnus +mit-Evo + GTR +  segudang lori dan jentera… serta beberapa buah banglo bertingkat-tingkat yang tidak pernah anda bayangkan.. Atitude saya dan anda memang berbeza…. Mencapainya harus bagaimana? Ya tentu agak sukar kalau sekadar cakap kosong seperti pak pandir… atau selayaknya dinamakan mat Jenin.. Tidak.. Bukan begitu.. Langkah awal harus bermula dan sudah bermula… Saya tolak mentah-mentah kelulusan permohonan rumah apartmen di syarikat ‘W Group’ dan membatalkan beberapa percubaan untuk memiliki beberapa buah kereta…. Dan mengekalkan kereta yang ada sedia sekarang ini… Cuma saya telah terlanjur membeli sebuah lori 3 tan.. dan memang padan dengan hala tuju saya akan datang.. dan juga sebuah motosikal untuk kegunaan harian ke kedai-kedai, ke rumah sahabat2, dan ke surau..
Sasaran saya bukannya mudah untuk digapai.. tetapi hanya Tuhan dan saya yang tahu… bagaimana untuk mengujudkan sebuah Syarikat Koporat yang baru…. Dengan estat-estat kelapa sawit dan getah… Umur masih muda.. InsyaAllah semoga tuhan akan makbulkan setiap visi saya ini. Bagi pendapat peribadi saya, kalau bekerja sebagai apapun selagi namanya ‘makan gaji’ sekurang-kurangnya kalau ada master atau lebih dari itu pun kalau dah nak pencen nanti… gaji itu-itu juga… so nak merasa juga kehidupan sebagai ahli perniagaan…. Yang punya income beratus ribu sebulan… atau seminggu… atau sehari… hehehe.. Allah telah menetapkan bahawa rezeki di muka bumi ini 90% terletak di bahagian perniagaan….. so siapa yang kena gali dan kena tadah… kalau bukan diri kita sendiri…
Langkah-Langkah Bagi Mencapai Sasaran
Kurangkan Beban Hutang Terutamanya BPA
Guna Kereta Biasa-Biasa
Tinggal Di Rumah FREE
Ladang Getah & Kelapa Sawit
Membeli Hartanah Seberapa Luas Selagi Masih MURAH
Membuka Perniagaan Di Tempat Strategik
Membuat Pinjaman Bank
Ujudkan Estet Peribadi
Pejabat Sendiri
Kenderaan Dan Jentera