Ahad, 8 Jun 2014

Aku Matikan Kau Dengan Sengaja.. Kau Merampas Kedudukan Pokok-Pokok Getahku!

Assalamualaikum whb...

Ahlan wasahhlann.. welcome dan selamat datang ke blog ku yang tidak seberapa mantap ni.. Blog yang bolehlah kampung2 org bilang..

Eee.. nampak gambar ni tadi di phone galery terus saya upload... mana lah tau ada manfaatnya kan.. hehe..

Apa yang korang lihat? Naa itu lah pokok akasia yang tumbuh melalang di kebun getah ku, beberapa tahun yang lalu. Seingat saya, mungkin pada tahun 2008 tu kalau tidak silaplah.

Kebun getahku yang terletak di kg. Pinawantai Ranau tidak lah luas sangat, cukup2 makan tu ada juga lah. Walau bagaimanapun, proses meluaskan kebun termasuk menceburi tanaman kelapa sawit terus dipergiatkan. Ada sahaja peluang, terus masuk.. hehe.. ada yg jual tanah baa kasi tau cepat2 saya mau beli.. ngeeee

Berbalik kepada gambar ni, sebenarnya ni pokok akasia atau orang kampung sudah telajak panggil pokok sopuda.. pokok ni kalau tumbuh alahai mengalahkan lalang yang gila tu.. tumbuh dengan laju pula mengalahkan pokok getah.. itu la adat bertani, yang ditanam lambat tumbuh, yang tidak ditanam tumbuh dengan cepat sekali.

Pokok akasia ni atau pokok sopuda/ pokok kertas kalau ditebang, ia akan tumbuh semula dengan pohon yang lebih banyak dan rimbun, racun rumpai pula tidak ada yang benar2 mampu untuk melibasnya.. hanya dengan cara begini ia akan mati secara total. Dan akan reput lalu jatuh dengan sendiri. Hanya dua atau tiga bulan dia effective.. bagus kan?

Pembaca mungkin tidak percaya.. orang tua2 bilang 'belum cuba belum tau'.

Cara untuk kupas kulit tu senang sahaja, libas dengan parang dan tarik ke bawah dengan mudah dann sangggat mudah.

Emmm sekarang ni tahun 2014. Pokok getah ku sudah berusia 9 tahun. Saiz pokok pun boleh tahan sudah. Tapi kan, harga getah sekarang sangat murah. Bila harga getah mau naik ni? Hehe.. buat masa sekarang pokok getah aku biarkan dulu.. Nanti lah kalau sudah mahal dan sudah pulih harganya baru lah saya akan ikhtiar untuk mencari penoreh2 mahir untuk menorehnya. Sekarang ni aku terlalu sibuk. Projek kiri kanan, depan belakang pun ada. Lain lagi urus kebun sawit, kebun sayur.. acctually sekarang ni sdg usahakan tanaman terung manis, terung kari, cili putih, cili padi, peria dan macam2 lagi. Pokok2 durian pun sedang berbuah dengan lebatnya. Mungkin dua atau tiga bulan dari sekarang dah mulai gugur.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt atas rezeki yang dianugerahkannya. Sebenarnya bidang pertanian ini lumayan, nasihat saya buat belia2 diluar sana, cuba la, anda tidak akan rugi. Tak perlu pengalaman sebenarnya, hanya bertanya kepada mereka yang pakar dan sekali sekala rujuk encik google. Tipnya mudah sahaja,  datang kebun setiap hari sekurang2nya berada di kebun 7 jam sehari 6 atau 5 kali seminggu secara konsisten, barulah ada hasilnya.

Sekian..

(Aku nak teruskan bertanya encik google tentang ni:
Cara membersihkan ladang getah, kebun getah terbiar, tip manjaga pokok getah, cara mematikan pokok akasia lalang, apa itu kayu kertas, pertanian adalah perniagaan, kampung pinawantai, skk sk perancangan ranau sekolah kluster yang mantap kah, pertanian di Amerika Syarikat, petani jutawan, bagaimana menjadi kaya dengan pertanian, merawat pokok terung cara tradisional,SAPS, Baja dan racun makhluk perosak dalam sayur-sayuran, kampung himbaan himra, motif tersembunyi dalam isu cadbury ber DNA Babi Khinzir, gadis dari Cinta Mata Kundasang bersalah kerana berzina dan menggugurkan kandungan serta membunuh bayi, pesta syaitan di KDCA bulan mei, penyakit pokok getah, pokok getah besar susu,  susu getah yang banyak, cara2 menoreh getah, video cara menoreh getah dengan betul.