Sabtu, 7 Jun 2014

Apa Motif Isu Cadbury/ DNA Babi?

Sumber: Yusof Mohd Rashid (rakan fb)

Cuba kita sama2semak dan fikirkan......
CADBURY - UMAT ISLAM MASUK PERANGKAP

Kemelut coklat cadbury bermula apabila tersebar
foto 2 dokumen makmal kementerian kesihatan
yang mengesahkan 2 produk coklat cadbury iaitu
coklat kacang hazel batch pengeluaran
200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan
coklat kacang almond batch pengeluaran
221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di
katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak
babi.
Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah
kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau
turut mengesahkan 3 sampel telah di uji KKM dan
sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas
dari porcine.
Persoalan yang timbul ialah :
- Kalau betul cadbury menggunakan lemak
porcine dalam sebatian coklatnya sebagai
pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa
kacang di kesan tiada mengandungi porcine?.
Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel
dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine
adalah salah satu sebatian dalam coklat.
Disinilah dapat di lihat agenda tersirat di sebalik
kemelut cadbury ini.
Mungkinkah ada pihak2 tertentu mensabotaj
coklat tersebut dengan mencemari sampel
tersebut sebelum menghantarnya ke makmal
KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses
pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat
tersebut di hasilkan.
Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah
syarikat milik Melayu di mana pemegang2 saham
terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat
milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan
Felda. Ianya juga di uruskan oleh ramai pekerja2
melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke
pengeluaran.
Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam
menyerang produk keluaran bangsa mereka
sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM
dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap
dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang
sebelum in begitu lantang mengajak kita
memboikot produk kaum Cina kini menyerang
syarikat milik Bumiputra. Setelah berjaya
melaga2kan Melayu di pentas politik kita fasa
seterusnya ialah melaga2kan kita di pentas
ekonomi pula.
Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka
berjaya. Kita terus bertelagah sesama kita saling
tunding menunding. Retak yang tiada siapa peduli
kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.
Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu :
" Menang sorak kampung tergadai"