Khamis, 8 Jun 2017

6 kelebihan berpuasa

🕌 *[TAZKIRAH RAMADHAN]* 🕌

13 RAMADHAN / 8 Jun 2017 / Khamis

TAJUK : *6 KELEBIHAN BERPUASA*

1⃣ *Puasa itu kafarah*

-puasa di bulan ramadhan menyucikan dosa2 kecil.
-Nabi SAW bersabda lagi: "Sesiapa yg berpuasa pd bln ramadan dgn penuh keimanan dan menghrapkn pahala maka akan diampunkan dosanya yg lalu" (Sahih Bukhari,no hadis :38)

2⃣ *Puasa didik jadi dan sabar*

-3 jenis sabar yg kita ketahui iaitu,sabar melaksanakn hukum Allah, sabar meninggalkn perkara yg diharamkn Allah dan sabar menerima ketentuan Allah
-ketiga-tiga sabar ini ada pd ibadah puasa iaitu pertama, ia menjadikn org yg sdg berpuasa utk sabar menjalani hukum Allah iaitu kwajipan puasa. Kedua, org yg berpuasa harus sabar menahan diri drpd mlkukn perkara haram ketika berpuasa dan ketiga sabar menahan kesakitan yg terbit dr lapar & dahaga.

3⃣ *Puasa diganjari Allah secara langsung*

- Allah menjanjikn keistimewaan gnjrn bg org brpuasa
-Dlm hadis qudsi, drpd Abu Hurairah, sabda Nabi SAW : "Allah berfirman, setiap amalan anak adam adlh utk diriny kcuali puasa krn ia untukku dan Aku akn mmberi gnjaran bg org yg berpuasa.(Sabda Nabi SAW) Demi Tuhan yg diriku berada di tgnNya, bau mulut org berpuasa lbih baik disisi Allah drpd bau kasturi"(sahih muslim no hadis:2760)

4⃣ *Latih diri ikhlas dan amanah*

-puasa menjadikn diri lbih ikhlas dan jauh dri 
riak kerana puasa tidak diketahui org lain. Berbeza dgn solat, apabila kita sujud, sudah tentu org tahu kita sdg solat sedangkn puasa x diketahui org lain kcuali apabila kita memberitahunya
-Amanah dgn diri iaitu org berpuasa x mlkukan perbuatan curi makan/minum krn menahan diri semata-mata krn Allah.

5⃣ *Puasa istimewa krna Ramadan*

-ianya istimewa krna keistimewaanya tidak ada pd bulan2 lain. 
-Antara keistimewaanya, turunnya al-Quran, adanya Lailatul Qadar, umrah padanya dikira seperti pahala haji, pintu syurga dibuka, syaitan dibelenggu

6⃣ *Doa org berpuasa mustajab*

-Sabda Nabi SAW: "3 doa yg mustajab, doa org yg berpuasa, doa org bermusafir dan doa org yg dizalimi".(syu'ab Al-Imam, no hadis:3594 d dinilai sahih oleh ibn al-Mulaqqin)


MARHABAN YA RAMADHAN

#TanpaTarbiyahGerentiRebah
#RamadhanKareem