Rabu, 7 Jun 2017

Mangsa Mercun Yang Pertama Ramadhan 2017

Kena Mercun dah!!

MURID tahun tiga cedera di tangan kiri selepas mercun bola yang digabungnya meletup dan serpihannya terkena pada tangan dalam kejadian di Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, 5 petang hari ini.

Ini menjadikan kejadian itu yang pertama setakat Ramadan ke -10 hari ini.

Mangsa, Muhammad Afiq Hamdi Mohd Rozi,9, menggabungkan dua mercun bola itu berakhir dengan tragedi.

"Sebaik selesai menggabungkan mercun bola itu, saya segera menggali tanah untuk menanamnya bagi menghasilkan bunyi yang kuat.

"Bagaimanapun, belum sempat saya mengambus tanah itu, mercun yang ada di dalam lubang meletup sebaik sumbu dinyalakan.

"Ketika itu, tangan kiri saya baru sahaja mengaut pasir untuk mengambus lubang berkenaan," katanya.

Akibat kejadian itu, Muhammad Afiq Hamdi dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami pendarahan serius di tangan kirinya akibat letupan berkenaan.