Rabu, 7 Jun 2017

Tarbiah Sentap: MAAFKANLAH

Tarbiah Sentap:
MAAFKANLAH

Kawanku sekalian. InsyaAllah hari ni saya nak ajar satu amalan yang nampak macam simple, tapi sebenarnya amat susah untuk nak di laksanakan. Dan, di sebabkan susah, ganjarannya adalah DI JAMIN SYURGA.

Apakah amalan tu? 

Simple je.

MEMAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH PADA KITA

Fuh. Nampak mudah, tapi, ia tak semudah yang di sangka. Betul tak? Bukan senang nak maafkan orang yang dah buat salah kat kita. 

Bayangkan, kita ada sorang kawan. Kita buat baik dekat dia. Tiba-tiba dia balas dengan balasan yang amat menyakitkan hati kita. Dia umpat kita, dia aibkan kita, dia burukkan kita, tak kenang budi kita. Dia buat jahat pada kita seolah kita ni tak pernah buat baik. Lepas tu, bila kita nak ingatkan dia balik tentang kebaikan kita supaya dia ni beringat, dia kata kita ni mengungkit pulak. Memang sakit hati.

Time ni lah kesabaran akan di uji. Adakah kita mahu terus berdendam? Atau kita pilih untuk MEMAAFKAN dan teruskan kehidupan seperti biasa?

Jika kita mampu memaafkan, ketika itulah kita menang!

Kawan....

Kat dunia ni, kita tak terlepas dari buat salah. Kadang-kadang, kita ada buat salah pada orang lain yang kita tak perasan pun kita silap. 

Kita marah bila ada orang buat salah kat kita. tapi kita tak perasan yang kita pun ada buat salah yang banyak pada orang lain. Sebab tu,kita kena belajar berlapang dada.

Apa perasaan korang bila korang nak mintak maaf tapi kawan korang tak nak maafkan? Pedih bukan?

Sebab tu, belajarlah memaafkan. Selagi dalam hati kita ada perasaan dendam, selagi itulah kita takkan bahgia.

Maafkanlah.

Jangan tunggu hari raya baru nak bermaaf-maafan.