Rabu, 7 Jun 2017

Khasiat Pokok Durian Belanda!

7 Khasiat Buah Durian Belanda

Durian belanda atau bahasa Inggeris Soursop atau nama saintifiknya Annona muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian, tetapi dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.

Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah (kawasan tanah tinggi).

Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, pencuci mulut dan sebagainya. Berikut adalah 7 khasiat buah durian belanda:

1. Durian belanda mampu merawat dan mencegah seseorang daripada risiko mendapat kanser

2.Menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

3. Daun durian belanda yang dijadikan serbuk teh dan diminum dipercayai dapat merawat sakit kerongkong.

4. Akar, kulit dan daunnya dipercayai boleh mengubati kencing manis.

5. Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda dan dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan.

6. Jus yang dihasilkan daripada buah durian belanda diminum untuk meredakan demam, membunuh cacing(masalah kecacingan bagi kanan-kanak) dan ubat cirit-birit.

7.Kulit pokok ini juga dipercayai membantu mengubati penyakit jantung, batuk dan membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.