Jumaat, 9 Jun 2017

🍀ANTARA CIRI2 IMAM🍀



من الطامات الكبرى التي ابتلي بها المصلون ان يصلي بهم من لا يعرف احكام الصلاة لا يؤدي ركوعها ووسجودها على الوجه المطلوب لا يطمئن في ركوعه 
لا يتقن قراءة  الفاتحة .. وانما يصلي  إماما لأجل صوته، لا لصلاحه:

Antara kejutan terbesar yang menjadi musibah bagi orang yang solat ialah orang yang menyolatkan itu tidak mengetahui hukum solat, tidak menunaikan rukuk dan sujudnya mengikut cara yang sebenar , tidak ada thuma'ninah pada rukuk, bacaan fatihahnya kurang baik. Akan tetapi tetap menjadi imam kerana suaranya yang baik bukan kerana kelayakannya.

قال العلامة أبو عبد الله ابن الحاج المالكي (ت: ٧٣٧ هـ) رحمه الله تعالى: 

《وَيَنْبَغِي أَنْ يَكُونَ الْإِمَامُ فِي قِيَام رَمَضَان مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ، وَالْخَيْرِ، وَالدِّيَانَة،ِ بِخِلَافِ مَا يَفْعَلُهُ بَعْضُهُمْ الْيَوْم
 لِأَنَّ الْغَالِبَ مِنْهُمْ أَنَّهُمْ إنَّمَا يُقَدِّمُونَ الرَّجُلَ لِحُسْنِ صَوْتِهِ لَا لِحُسْنِ دِينِهِ،

Berkata Al-Allamag Abu Abdullah bin Alhaj Al-Maliki rahimahullah:

Sewajarnya bagi imam ketika menunaikan solat pada bulan Ramadhan dari kalangan ahli ilmu dan orang yang baik, orang yang beragama yang amat berbeza dilakukan oleh sebahagian masyarakat pada hari ini kerana  kebanyakkan dari mereka melantik imam tersebut kerana suaranya yang indah bukan baik pada agamanya.

 وَقَدْ قَالَ مَالِكٌ -رَحِمَهُ اللَّهُ- فِي الْقَوْمِ يُقَدِّمُونَ الرَّجُلَ لِيُصَلِّيَ بِهِمْ لِحُسْنِ صَوْتِهِ إنَّمَا يُقَدِّمُوهُ لِيُغَنِّيَ لَهُم .

Dan telah berkata Imama Malik rahimahullah pada suatu kaum yang mendahulukan seseorang kerana suaranya yang merdu:

"Itu sebenarnya mereka melantik sebagai imam untuk nyanyian semata-mata kepada jemaah"

【المدخل (٢٩٢/٢)】.