Sabtu, 10 Jun 2017

Fahaman Songsang Cuba Bertapak Di Nusantara, Namun Tidak Berjaya...

Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti (sebab itu beliau dibunuh) iaitu jemaah Wahabi untuk menyesatkan benua arab, jemaah Qadiani untuk menyesatkan benua India dan jemaah Baha'iyyah untuk sesatkan benua Asia. Ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Nusantara, jemaah Bahaiyyah tidak berjaya sesatkan bangsa Melayu yang beragama Islam kerana bangsa Melayu yang beragama Islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab Syafi'e, aqidah Asya'ari dan amalan-amalan Sufi. Zikir-zikir mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini.

Tapi di benua Arab, Dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman Wahabi. Jadi jangan hairan lah kenapa budak-budak wahabi sangat elergik dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf. Kini di Nusantara jemaah Bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah Wahabi dan budak-budak Wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan-amalan soleh di Nusantara dengan alasan bid'ah, kufur, syirik, tahayul, dan bla bla bla... Zikir selepas solat pun dituduh bid'ah dan masuk neraka.

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup, dan bila ahli sufi mula terpedaya dengan tipu helah Wahabi, mereka akan tinggalkan zikir. Maka sekali lagi pada zaman milenium ini, Dajjal menghantar tenteranya di negara-negara umat Islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat Islam telah dikeronyok dengan teruk. Kerana mereka dulu yang berpegang teguh pada amalan-amalan soleh, kini mereka tinggalkan kerana tipu helah wahabi yang mengatakan ia adalah perbuatan "bid'ah".

Maka pertolongan Allah ke atas para kekasihNya pun tak berlaku.

Sumber: rakan fb