Sabtu, 10 Jun 2017

RAYUAN INFAQ & WAKAF RAMADHAN 2017 - RPH RUMAH PUTRA HARAPAN, RANAU

"Ustaz, tolonglah jaga anak saya. Kerja saya pungut hasil hutan ni tidak tentu bah. Ada musim bagus, adalah duit kami. Kalau tiada? Anak saya mau makan, mau pigi sekolah macam mana?

Kami tinggal sana pedalaman.. jauh lagi dari sekolah. Kesian anak saya tidak dapat belajar nanti ustaz..."

--

Kami di pihak pengurusan RPH Ranau menerima pelbagai rintihan daripada keluarga miskin dan juga ibu/bapa tunggal yang bersusah payah menyediakan yang terbaik untuk anak - anak mereka.

Mereka mempunyai kesedaran untuk memastikan anak - anak ini membesar dengan pendidikan yang baik dan persekitaran yang kondusif.

Bagaimana kita boleh membantu mereka?

Atas keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini, kami daripada pihak RPH Ranau ingin mengajak Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Sdr/Sdri untuk bersama - sama kami memastikan anak - anak yatim dan keluarga misikin dapat dibantu sebaiknya.

=============================================
RAYUAN INFAQ & WAKAF RAMADHAN 2017
=============================================

1. WAKAF BANGUNAN (RM500/UNIT)
RPH Ranau bakal mendirikan bangunan baharu yang lebih selesa untuk para penghuninya. Bantuan kewangan anda diperlukan agar tidak lagi perlu menyewa dan mempunyai bangunan sendiri.

2. DANA PENDIDIKAN (Seikhlas Hati)
Sekiranya Tuan/Puan tidak mempunyai kelebihan kewangan tetapi mahu memberikan kelas/tuisyen percuma kepada anak - anak RPH Ranau, hubungi kami di talian 019 896 5001

3. DANA SARA HIDUP (Seikhlas Hati)
Kos pengurusan RPH Ranau mencecah RM250,000 setahun. Ini termasuk belanja makan minum, yuran sekolah dan kelengkapan lain. Sumbangan Tuan Puan pasti dapat melancarkan lagi pengurusan RPH Ranau.

Salurkan bantuan anda kepada:
Rumah Putera Harapan Ranau / Pengurusan Rumah Putera Harapan Ranau

Bank Islam
1001 6010 0668 11

Maybank Islamic
5602 1405 5438

CIMB Bank
8602 0711 71

Agro Bank
1007 5610 0000 2285
--

"Alamak ustaz, saya tiada duit bah mau bantu anak - anak ini. Apa yang saya boleh bantu ya?"

Jangan risau tuan. Bantu kami war-warkan iklan ini. Tag dan share seramai mungkin kepada rakan-rakan anda di post ini agar terbuka peluang untuk mereka bersedekah dan beramal jariah. InsyaAllah ada saham tuan bersama sedekah mereka.

--

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 019 896 5001 (Whatsapp) atau PM kami melalui FB Page. Sumbangan anda diperlukan!

#Share
#KongsikanPeluangBersedekah
#AmalJariah
#RumahPuteraHarapanRanau
#Sabah
#Malaysia