Sabtu, 19 Jun 2010

Tidur Boleh Menurunkan Berat Badan?

Tidur bukan hanya untuk merehatkan badan dan juga fikiran. Sebaliknya, tidur mampu membantu bagi menurunkan berat badan. 

Jika mahu menurunkan berat badan, sebaiknya kurangkan waktu lapang. Ini adalah hasil penelitian yang dibuat oleh para kaji selidik di America’s Sleep Disorder Centre, University Emory. 

Dalam penyelidikan tersebut telah ditemui bahawa haiwan dan manusia yang mengalami pengurangan waktu tidur akan memiliki nafsu makan yang meningkat. 

Akibatnya mereka akan makan lebih banyak sehingga berat badan pun meningkat naik. Sebaliknya jika ketika terjaga, mereka akan menggunakan sejumlah kalori. Namun, kekurangan waktu tidur akan membuatkan mereka makan dengan lebih banyak, sehingga kalori yang masuk lebih besar daripada yang diperlukan oleh tubuh. 

Hingga ke hari ini para peneliti masih belum mengetahui penyebab yang pasti meningkatnya nafsu makan tersebut. Namun ada yang berpendapat pengurangan waktu tidur akan membuatkan kepanasan tubuh semakin berkurangan.