Sabtu, 19 Jun 2010

Tips Untuk Tidur Lena

MANDI AIR HANGAT 
Mandi dengan air suam sebelum tidur dapat membantu kamu tidur dengan lena. 

MINUM SUSU PANAS SEBELUM TIDUR 
Minum susu panas sebelum tidur dapat mendorong rasa mengantuk kerana susu merangsang kita rasa mengantuk. 

MEMBELI TEMPAT TIDUR BARU 
Menyediakan tempat tidur yang baru lebih efektif jika hendak dibandingkan dengan pengambilan ubat tidur dan ia dapat memperbaiki tidur sekitar 42 minit. 

TIDUR DI RUANGAN GELAP DAN TENANG
Untuk menjamin tidur malam yang panjang dan tidak terganggu, cubalah tidur di tempat gelap atau dengan lampu yang tidak terlalu terang kerana hormon tidur akan dikeluarkan oleh otak selama berjam-jam di dalam kegelapan sekalipun kamu sedang berjaga. 

HINDARI MAKANAN SEBELUM TIDUR 
Makan larut malam dapat merangsang pencernaan dan ia akan membuatkan kamu terjaga sepanjang malam. Sebaiknya makan malam dilakukan dua jam sebelum tidur atau pada waktu petang sebelum maghrib bagi menghindari dari gejala kegemukan.

MEMBACA DOA DAN MEMBERSIHKAN FIKIRAN 
Tidak dinafikan bahawa hati dan jiwa yang bersih memudahkan kita untuk tidur dan sekaligus memberikan kita tidur yang lena. Sebelum tidur, maafkan semua orang yang ada berbuat salah kepada kita dan beristighfar atau bertaubat terhadap dosa-dosa yang dilakukan agar fikiran sentiasa tenang.