Jumaat, 16 Jun 2017

Berdating malam-malam dengan bidadari dan anak-anak lepas tarawih..sejuk malam Ramadhan ini..

Berdating malam-malam dengan bidadari dan anak-anak lepas tarawih..sejuk malam Ramadhan ini..malam-malam LailatulQadar..

Bidadari kata, abang jom kita pusing-pusing untuk Allah sayang.. Kami siap-siapkan duit rm10 banyak-banyak...saya memang banyak duit rm10..duit jual buku selepas ceramah...semua anak tak sabar..jom ayah..jom jom...

Sampai di sebuah petronas. Saya pegang tangan bidadari. Masing-masing dapat 5 keping seorang. Berebut-rebut siapa habis dulu. Pusing belakang petronas ada seorang anak kecil lagi bentang alas jual keropok dekat dengan tandas dan drive thru mcD....sebak tengok adik tu. Ya Allah..

Anak saya 2 orang bagi rm10 seorang..sambil cakap doakan kami yer supaya Allah sayang. Supaya dapat masuk syurga sekeluarga..

Anak saya tanya ayah kenapa dia kerja malam-malam ayah. Kecil lagi...cian dia..ya Allah..anak saya seorang tu menangis..

Jawab saya begitulah anak...nasib semua orang berbeza-beza. Anak kecil seorang diri duduk situ. Bahayakan...tapi begitulah hidup orang bila sempit dan susah..sebab tu Allah perintah kita ambil tahu dan bangunkan orang lain...doakan orang lain..

Sedih tengok adik kecil tengah-tengah malam sibuk cari rezeki buat keluarga..ya Allah...berjuta rahmat kau beri pada anak ini berilah juga kepada kami sekeluarga...

Lepas tu ada 3 orang pakcik makcik thailand jual keropok. Tolong adik beli 1..kami masing beri rm10 seorang. Masing-masing sebut nama minta pakcik makcik itu doakan...

Kata mereka, ustaz anak kami belajar pondok di madrasah. Perlu duit..maaf yer....sedih rasa....dalam hati saya...yer pakcik...jauh-jauh datang cari rezeki...berjalan ke sana sini malam-malam..ya Allah..

Jawab saya yer betul abang. Saya percaya..Allah sayang abang. Jaga solat awal waktu rajin cari rezeki. InsyaAllah Allah bantu abang dan kakak...

Sambil jalan lagi tengok orang jual nasi lemak rm1. Sedih lak rasa..suka tengok pelbagai usaha cari rezeki halal...anak saya beli guna rm10 tu..beli 20 bungkus...sampai di sebuah guard ada beberapa orang saya kata baru beli depan tu..saya bagi pada abang yer...saya berhenti 3 guard kawasan rumah..

Terima kaseh ustaz. Terima kaseh ustaz....

Duit lebih bagi pada kakak letak dalam tabung sedekah..nanti masuk dalam tabung syria palestin dan tabung khuruj di jalan Allah..

Anak-anak kata bestnyaaa umi..bestnya ayah...nanti kita buat lagi yer...yer anak..ada rezeki setiap malam kita pusing-pusing belanja untuk Allah sayang..memberi untuk Allah sayang..

Dalam kita senang dan menikmati makanan berbuka dan sahur. Kita berpuasa..Allah nak letak dalam.hati kita rasa cinta dan hargai keluarga. Hargai orang miskin dan anak yatim. Bahagia tengok orang tersenyum. Kesedihan mana-mana orang juga kesedihan hati kita..

Dalam Al-Quran Allah ceritakan penipu dalam agama antaranya yang tak suka tolong orang miskin dan anak yatim. Bahkan tak suka tengok orang tolong orang msikin  dan anak yatim. Nasib setiap orang tak sama. Setiap orang diuji. Diuji dengan kemiskinan kesusahan itu berat. Tetapi diuji dengan kekayaan dan kesenangan lagi berat. Kerana hati mudah lalai dan lupa diri. Mula terasa ini saya punya. Itu saya punya. Sebenarnya dalam harta kita ada hak isteri. Hak mak ayah. Hak anak anak. Hak adik beradik. Hak orang miskin. Hak anak yatim...

Abdullah b jaafar pernah tengok ada peniaga gula besar dari luar terlalu sedih kerana perniagaan tak untung. Abdullah b jaafar beli semuanya senyap-senyap. Kemudian gula itu diagihkan pada orang miskin...sedih cerita sahabat rhum. Berniaga pun untuk Allah sayang.

Saidina Umar ra hampir setiap malam mencari orang miskin dan susah. Orang yang perlu bantuan...masakkan untuk keluarga tu..bahagia tengok anak-anak mereka bermain-main...cintakan anak-anak..

Ya Allah ampuni kami semua. Dalam kami kenyang dan hidup selesa ada orang susah dan tiada makan dan tempat tidur. Maafkan kami. Gunakanlah kami sedikit untuk jadi asbab kebaikan dan hidaya.

h-ebit lew

Angan-angan hingga ke tua...

Copy wtsaap kkkwn......

Ketika aku membuka lembaran-lembaran fail pegawai yang telah pencen, kutemui catatan berikut ini:
  
Dahulu aku berangan2..
Andai aku menjadi seorang pegawai kerajaan…
Dan memang benar, akhirnya aku pun bekerja sebagai pegawai
Sehingga aku pun terobsesi untuk segera menikah.

👰Dahulu aku berangan2…
Kiranya aku dapat menikah..
Dan memang benar, aku pun menikah.
Akan tetapi hidup ini sangat sepi tanpa kehadiran anak-anak.

👪Akupun berangan2…
Kiranya aku dikurniakan anak
Dan memang benar, aku pun diberikan kurnia anak-anak.
Akan tetapi, tidak beberapa lama akhirnya aku bosan dengan dinding2 apartmenku sendiri.

🏡Akupun kembali berangan2...
Andai aku memiliki rumah sendiri.
Terdapat halaman dan tamannya…
Dan memang benar, setelah berusaha keras aku pun memiliki rumah itu
Akan tetapi… anak anak ku pula sudah pun dewasa..

Akupun kembali berangan2..
Duhai kiranya aku dapat menikahkan mereka…
Dan memang benar, akhirnya merekapun telah menikah.
Tapi aku bosan dengan pekerjaanku dengan segala kesulitannya, semuanya terasa sangat memenatkanku.

Akupun kembali berangan2...
Andai aku segera pencen agar aku dapat beristirehat.
Memang benar, aku pun akhirnya bersara.
Akan tetapi aku kini tinggal seorang diri sama seperti baru lulus kuliah dahulu.

Akan tetapi ketika baru lulus kuliah dahulu, saat itu aku tengah menyongsong kehidupan, sementara saat ini aku sedang menyongsong akhir kehidupan. 

Namun meskipun demikian, aku masih saja memiliki sebuah angan-angan…

Kini aku berangan2...
Untuk menghafal Al Qur'an.
Tapi… ingatanku telah mengkhianatiku (cepat lupa).

🍮Aku juga berangan2..
Untuk berpuasa mendekatkan diri kepada Allah
Tapi kesihatanku tidak lagi membantuku.

🌓Aku juga berangan2..
Untuk bangun solat malam
Tapi kakiku tak mampu lagi menahan beban tubuhku.

Sangat benarlah sabda Rasulullah al-Musthafa,
"Pergunakanlah sebaik-baiknya 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:

Masa mudamu sebelum datang masa tuamu

Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu

Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu

Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu

Masa hidupmu sebelum datang kematianmu...

Ya Allah! 
Bantulah kami untuk sentiasa mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu dan melakukan ibadah sebaik-baiknya kepada-Mu...

Saudaraku..

Jika dalam aktiviti harianmu tidak terdapat;

Dua rakaat Solat Dhuha,

Atau 1 hizb bacaan Qur'an,

Atau solat Witir di malam hari,

Atau ungkapan kalimat baik yang kau ucapkan,

Atau sedekah yang dapat memadamkan kemurkaan Allah,

Atau amalan rahsia yang tidak diketahui manusia melainkan Allah...

Maka masih adakah nikmat hidup yg masih ada untukmu?

Can speak english fluently? try this!''

THREE WITCHES WISH THREE WISHES,BUT WHICH WITCH KNOWS WHICH WISH WHICH WITCH WISHED.
😂 😂    
try tongue twister this now;
peter piper picked a peck of pickled pepper, a peck of pickled pepper that peter piper piper picked. if peter piper picked a peck of pickled pepper, where's the peck of pickled pepper that peter piper picked
😂 😂    
I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.
😂 😂    
Six sick hicks nick six slick bricks with picks and sticks
😂 😂    
betty botter bought some butter but the butter was bitter and she said if i put the butter in my batter my batter will become bitter but if i put some better butter it will make my batter better so betty botter bought some butter that isn't bitter so her batter will be better
😂 😂    
Through three cheese trees three free fleas flew.
While these fleas flew, freezy breeze blew.
Freezy breeze made these three trees freeze.
Freezy trees made these trees' cheese freeze.
That's what made these three free fleas sneeze.
😂 😂    
The big bug bit the little beetle, but the little beetle bit the big bug 
back.
😂 😂    
"Fresh fried fish, fish fresh fried, fried fish fresh, fish fried fresh."
😂 😂    
How much wood,would a woodchuck chuck,if a woodchuck could chuck wood ? He would chuck he would as much as he could,and chuck as much as a woodchuck would if a woodchuck would chuck wood.
😂 😂

Naa kan apa saya bilang..

Kadang-kadang kata-kata yang kita tuturkan sebenarnya adalah seperti bom yang sedang terbakar sumbunya. Ini kisahnya amat.....

BOM LIDAH

Kisah Pertama : 
Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel...
"Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?"...
"Tidak ada." Jawabnya ringkas...
Kata kakaknya lagi.."Uish!! Takkan camtu?.. Adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa."..
Petang itu ketika suaminya penat pulang dari bekerja..
Dilihat isterinya sedang merajuk sedih  di rumah...
Mereka berdua sering bergaduh sejak itu...
Tak lama kemudian.. suami dan isteri ini bercerai... 
Dari mana punca masalah rumahtangga mereka? 
Hanya dari pertanyaan  yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya...

Kisah Kedua : 
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya... "Kamu tak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak2 kamu sudah ramai?"...
Rumah yang tadinya terasa lapang..ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya...
Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya...

Kisah Ketiga : 
Seorang kawan bertanya kepada sahabatnya..
''Berapa gaji ko sebulan?"
Kawannya menjawab.." Adala 2 ribu ringgit"...
" 2 ribu ringgit je? Sikitnya!!!..majikan ko x reti menghargai kerja ko.Mana cukup nak memenuhi keperluan hidup nko? "

Sejak itu dia membenci pekerjaannya...
Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya... Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya... 
Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur... 

Kisah Keempat : 
Seseorang bertanya kepada makcik tua... 
"Berapa kali anak2 makcik datang melawat makcik dalam sebulan? "...
Makcik itu menjawab.. "Sebulan hanya sekali."..
Si penanya menempelak...
"Uish!! melampau sekali anak2 makcik ni.Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi."..
Hati si makcik tadi menjadi sedih...
Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak2nya...
Makcik tadi mula menangis dan bersedih...
Ini memburukkan kesihatan tubuhnya sehingga dia jatuh sakit...

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan2 di atas?

Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain...
Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg diperolehi org lain..
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..
Andai dia berbahagia,lihatla corak dan gaya kehidupannya..
Bukan menghukum dgn membawa cerita..

Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki...

Jika terus berperangai seperti itu..
Kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini...
Perosak kebahagiaan orang lain...

Andai ada 'bom' yang meletup...
Cubalah periksa diri... 
Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Na'uzubillahi minn zaalik..

~bersyukur selalu. Jgnlah bertanya soalan2 yg tidak ber faedah kpd kita. ☺

.Admin salin dan tempel dari grup whatsapp, amat bermakna walaupun penulis asalnya tidak dapat dikesan.

Gambar latar: Pekan Kota Marudu..

Sabah tolak levi pelancongan sejak tahun lalu, kata Masidi

TAHUN lalu Sabah menolak cadangan untuk mengenakan levi pelancongan di negeri itu tetapi bantahan itu tidak diendahkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan negeri Masidi Manjun, hari ini.

Rang undang-undang (RUU) Cukai Pelancongan diluluskan dengan majoriti besar dalam Dewan Rakyat pada 5 April dan Dewan Negara pada 27 April.

Kabinet Sabah pada 9 September tahun lalu menolak levi hospitaliti, dengan Masidi berkata keadaan sekarang tidak kondusif untuk cukai seumpama itu.

Sektor pelancongan negeri baru saja pulih daripada pencerobohan keselamatan di pantai timur Sabah, dan gempa bumi pada 2015.

Masidi berkata beliau tidak faham bagaimana Nazri boleh meneruskan dengan RUU pelancongan sedangkan Sabah dengan jelas membantah apa juga levi baharu.

"Ya, Sabah tolak levi itu. Tetapi Putrajaya tetap terus gubal undang-undang itu awal tahun ini. Saya percaya ahli Parlimen Sabah dan Sarawak mengundinya," katanya kepada The Malaysian Insight.

Dengan perbalahan mengenai cukai itu semakin tegang antara negeri jiran Sabah iaitu Sarawak dan Putrajaya, netizen media sosial mempersoalkan ahli Parlimen Sabah yang mana bersetuju RUU itu diluluskan di Dewan Negara.

"Saya percaya mereka semua (ahli Parlimen Sabah) baca akhbar dan saya akan terkejut jika mereka tidak tahu pendirian kami (Kabinet negeri) terhadap levi itu," kata Masidi.

Timbalan Presiden Warisan yang juga Ahli Parlimen Penampang Darrell Leiking menyatakan kebimbangannya tetapi tidak membantah RUU itu, sementara difahamkan ramai ahli Parlimen Sabah tidak hadir ketika RUU pelancongan diluluskan pada jam 5 pagi, 5 April lalu.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong yang berada di Parlimen pada masa itu berkata DAP Sabah kekal dengan bantahannya terhadap cukai pelancongan dan mempertikaikan kenapa menteri Sabah tidak membangkitkan bantahan sama terhadap RUU itu.

Kabinet Sabah akan bermesyuarat untuk memutuskan sama ada hendak menerima atau menolak levi baharu itu pada Rabu depan.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datu Rusmadi Sulai dijangka bertemu dengan rakan sejawatnya dari Sarawak pada Jumaat bagi membincangkan isu cukai pelancongan.

Dalam satu kenyataan bersama, pemilik hotel juga mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menangguhkan pelaksanaan cukai itu sehingga tahun depan.

Bercakap selepas mesyuarat dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Presiden Persatuan Hotel Sabah Christopher Chan berkata pengendali hotel akan kerugian teruk kerana mereka terikat dengan kontrak untuk mengekalkan kadar hotel dengan agensi pelancongan.

"Kontrak kami sah dari 1 April hingga 31 Mac tahun depan. Tetapi cukai akan dilaksanakan pada 1 Julai.

"Kami tidak boleh menyemak semula kadar itu sekarang kerana ia akan melanggar perjanjian, dan ia tidak adil untuk minta tetamu bayar lebih sebaik saja mereka sudah mendaftar masuk," kata Chan, menambah pengendali hotel tidak dapat menyerap Cukai Pelancongan.

Agensi pelancongan juga berisiko kerugian daripada tempahan awal jika hotel menyemak semula kadar mereka di pertengahan tahun akibat pelaksanaan cukai itu, katanya.

Wakil Persatuan Hotel Malaysia bahagian Sabah, Persatuan Hotel Bajet, Persatuan Backpackers Sabah dan Persatuan Pelancong Sabah turut hadir pada mesyuarat itu.

Ranau - Bapa ditahan disyaki rogol anak kandung

RANAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun menjadi mangsa nafsu buas bapa kandungnya apabila membuat pengakuan kepada kakaknya bahawa dia dirogol bapanya berulang kali selama lebih kurang empat tahun.

Kakak mangsa menceritakan hal itu kepada nenek serta pakcik mereka, yang seterusnya melaporkan hal itu kepada pihak polis pada pagi Isnin.

Suspek ditangkap oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah IPD Ranau di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pahu Pinawantai Ranau lebih kurang lapan jam selepas laporan dibuat ahli keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah yang mengesahkan kes kepada media memberitahu, suspek warga tempatan berumur 42 tahun dan bekerja sendiri itu ditangkap ketika sedang berehat di rumahnya.

"Siasatan awal yang kita jalankan menunjukkan bahawa mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di salah sebuah sekolah menengah di sini merahsiahkan hal itu sejak umurnya 10 tahun lagi.

"Sejak beberapa tahun yang lalu bapa mangsa telah berulang kali melakukan perkara terkutuk itu ke atas anak kandungnya sendiri. Kali terakhir kejadian berlaku ialah pada 25 April tahun ini.

"Dia diberitahu agar tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapapun. Namun akhirnya mangsa tidak lagi dapat menahan perbuatan jijik bapa kandungnya itu dan menceritakan hal itu kepada kakaknya sewaktu berada di rumahnya," jelas beliau.

Menurut Farhan lagi, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa untuk tujuan siasatan lanjut yang dijalankan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

-OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

Khamis, 15 Jun 2017

Tips Ringkas Dari Peguam Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang

Oleh : Salkukhairi bin Abdul Sukor (Peguambela & Peguamcara)

1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

👉🏻 *Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.*

*4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.*

5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.

6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

*7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.*

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

*10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.*

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang2. .

Patuhilah undang2 yg tlh ditetapkan!

PANDUAN BERAMAL PADA 10 MALAM TERAKHIR DAN DOA2, ISTIGHFAR & ZIKIR2 YANG BAIK UNTUK DI AMALKAN  PADA 10 MALAM TERAKHIR BERMULA KHAMIS MALAM.

Mana mungkin sebagai muslim YG BERIMAN kita tak nak ambil peluang untuk merebut GANJARAN PAHALA YG LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN.
Jadi... sekiranya kita yang dahulu pada 10 malam terakhir Ramadhan disibukkan dengan main mercun, bakar meriam, cari jualan offer, kacau dodol, kemas rumah maka TRANSFORM LAH DIRI KITA YG TELAH MENDAPAT "HIDAYAH SUNNAH" INI UNTUK KITA RAIH@DAPATKAN SESUATU YG NILAINYA MASYAA ALLAH SELEPAS KEMATIAN KITA.

Waktu yang terbaik untuk kita mula berjaga malam adalah 2 pagi dan PALING HABIS LEWAT PUN jam 4 pagi kita dah standby ditikar sejadah. Bagi yang mampu bangun 2 pagi, segarkan diri, (minum kopi sikit dulu jika perlu utk elak mengantuk), mulakan dengan 2 rakaat solat sunat wudhuk dan kemudian baca Quran sehingga jam 4 pagi. Bagi yang tak mampu baca Quran maka kalian terus2 menerus berzikir sehingga jam 4 pagi. Jadi jam 4 pagi kita mula bertahjud sehingga jam 5 pgi , kemudian persiapkanlah utk sahur. Tempoh 1 jam utk bertahjud itu tidak terlalu lama. Bacalah  lambat2, lamakan sujud dengan membaca doa2 dari hadith dan Al-Quran. Selangilah 2 rakaat solat itu dengan dzikir , istighfar serta doa. Bagi wanita HAID, kalian terus menerus baca Quran, selangilah dengan zikir dan doa hinggalah ke waktu sahur, bagi yg tidak mampu baca Quran maka kalian terus menerus berzikir tanpa hitungan sehingga sahur.

Apakah permintaan terpenting di malam lailatul qadar? Jawabnya adalah minta dosa kita diampunkan, minta di jauhkan dari api neraka dan minta syugra.

Jadi mula2 kita bangun tidur bila terjaga malam maka kita baca ni dulu "La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay-in qadri, alhamdulillah wa subhanallah wa la ilaha illallah wallahu akbar, wa la hawla wa la quwwata illa billah" kemudian kita baca "Rabirfirli, Rabirfirli"

🌸 DOA2 DI DALAM SUJUD (BACA YG MANA TERMAMPU), JIKA TIDAK HAFAL MAKA BACA GUNA HANDPHONE SELEPAS SOLAT:-

1)
للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, karenanya maafkanlah aku.

2)
اللهم إني أسئلك رضاك والجنة
وأعوذبك من سخطك والنار

Allahumma Inni As Aluka Ridhaka Wal Jannah Wa A’uzubika Min Sakhathika Wannaar” ( Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu dan daripada azab api neraka”

3)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِـمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَـتِكَ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ ، لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ ، كَمَا أَثْــــنَــــيْتَ عَلَى نَــــفْسِكَ
ALLAHUMMA INNII A-‘UUDZU BI RIDHAA-KA MIN SAKHATIK, WA BI MU’AAFATIKA MIN ‘UQUUBATIK, WA A-‘UUDZU BIKA MIN-KA, LAA UH-SHII TSA-NAA-AN ‘ALAIKA ANTA, KAMAA ATS-NAITA ‘ALAA NAFSIK

“Ya Allah, aku berlindung dengan ridha-Mu dari kemurkaan-Mu, aku berlindung dengan maaf-Mu dari hukuman-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa-Mu. Aku tidak mampu menyebut semua pujian untuk-Mu, sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.”

4)

اللهم  َربَّنا ظَلَمنا أَنفُسَنا وَإِن لَم تَغفِر لَنا وَتَرحَمنا لَنَكونَنَّ مِنَ الخٰسِرينَ
Allah humma Rabbana zalamna anfusana wa in lam taghfirlana watar hamna lana koonanna minal khasireen
“YA ALLAH ,TUHAN KAMI, KAMI TELAH MENGANIAYA DIRI KAMI SENDIRI, DAN JIKA ENGKAU TIDAK MENGAMPUNI KAMI DAN MEMBERI RAHMAT KEPADA KAMI, NISCAYA PASTILAH KAMI TERMASUK ORANG-ORANG YANG MERUGI).
SURAH AL-A`RAF,ayat 23

5)
اللهم آتنا في الدنيا حسنة، وفي الآخرة حسنة، وقنا عذاب النار‏
Allah humma atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar
“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.”

🌸 ISTIGHFAR YANG BAIK DIBACA UTK  DIBACA SELEPAS SOLAT TAHJUD:-

1) SAYYIDUL ISTIGHFAR (Ucapan berulang kali semampunya)

2) (Ucapan berulang kali semampunya)
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

RABBIGHFIRLII WATUB 'ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWAABUR RAHIIM.
Ertinya : Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang

🌸 ZIKIR2 YANG SANGAT BAIK UNTUK KITA BACA PADA MALAM 10 TERAKHIR INI. (Bagi wanita haid atau yang kerja malam,maka amal zikir2 ini dan diselangi dengan istighfar & doa2 di atas)

1) (Ucapan berulang kali semampunya)
سُبْحَانَ اللّهِ - والْحَمْدُللّهِ - وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ - وَ اللّهُ اَكْبَرُ

2) (Ucapan berulang kali semampunya)
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay-in qadir

3) (Ucapan berulang kali semampunya)
سُبحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ-
"Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim"

4) (Ucapan berulang kali semampunya)
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ 

"Laa hawla wa laa quwwata illa billah”

~ SELAMAT BERAMAL..

C/p

Doa Pagi Khamis...

Assalamualaikum
Doa pagi khamis                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                            
Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami sama ada yang kami ketahui ataunnn  tidak ketahui,  berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu.

Ya Allah terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami sehingga hari ini.

Ya Allah kuatkan kami dengan Ibadah dan amalan yang baik, jauhkanlah kami dari melakukan dosa dan maksiat. Jadikan kami sebagai hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa berada dalam rahmat dan bimbinganMu.

Ya Allah jadikan hati kami lembut dalam menerima kebenaran.

Ya Allah jauhkan diri kami dari perbuatan yang akan mengeraskan hati kami, mudah-mudahan amal ibadah kami diterima disisiMu.

Ya Allah jauhkan kami dari sifat sombong terhadap sesama manusia.

Ya Allah jadikan kami hambaMu yang tawadhu', mudah-mudahan kami menjadi insan yang saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan diri.

Ya Allah kurniakan kepada kami sifat malu yang dengannya kami dapat mentaati segala perintah Mu  dan dapat menjauhi segala laranganMu, moga moga sifat malu tersebut dapat menjuruskankan kami ke syurgaMu.

Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya Allah ya Tuhan kami, kuatkanlah iman kami, tunjukkanlah jalan kepada kami untuk mendapatkan hidayah Mu. Mudah-mudahan kami menjadi insan yang taat kepada perintah Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami.

Ya Allah bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan.

Ya Allah tunjukkan jalan yang benar untuk kami ikuti, jelaskan perkara yang bathil agar kami jauhi.

Ya Allah berilah kami sekeping hati yang selalu redha atas ketentuan Mu dan jauhkanlah diri kami dari sifat mementing diri sendiri.

Ya Allah jadikanlah keluarga kami permata dalam hidup kami, jauhkan  kami dari fitnah mereka. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Ya Allah pada pagi yang tenang dan penuh baraqah ini, kami bermohon agar dipermudahkan semua urusan kami baik dalam urusan Agama, Dunia atau Akhirat.

Ya Allah berilah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami.

ُYa الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ
C/P

Fantastic Msg

*FANTASTIC MSG..!*

How Can You "SM_LE"
Without *"I"* ?

How Can You Be "F_NE" 
Without *"I"* ?

How Can You "W_SH"
Without *"I"* ?

How Can You Be "N_CE"
Without *"I"* ?

How Can You Be "FR_END"
Without *"I"* ?

*"I"* Am Very Important!

But This *"I"* Can Never Achieve "S_CCESS" nor Can "LA_GH" Without all of *"U"* ......
And

That Makes *"U"* More Important Than *"I"*..

👌👌👌👍👏👍👌👌👌
💐Dedicated to all my warm, genuine and dependable friends and relatives💐


Beautiful 10 lines

```✒SOMEONE HAS WRITTEN THESE 10 BEAUTIFUL LINES. READ and TRY  to UNDERSTAND the DEEPER MEANING of THEM.

📎 1). PRAYER is not a "spare wheel" that YOU PULL OUT when IN trouble, but it is a "STEERING WHEEL" that DIRECT the RIGHT PATH THROUGHOUT LIFE. 

📎2). Why is a CAR'S WINDSHIELD so LARGE & the REAR VIEW MIRROR so small? BECAUSE our PAST is NOT as IMPORTANT as OUR FUTURE. So, LOOK AHEAD and MOVE ON. 

📎3). FRIENDSHIP is like a BOOK. It takes a FEW SECONDS to BURN, but it TAKES YEARS to WRITE.

📎4). All THINGS in LIFE are TEMPORARY. If they are GOING WELL, ENJOY them, they WILL NOT LAST FOREVER. If they are going wrong, don't WORRY, THEY CAN'T LAST LONG EITHER. 

📎5). Old FRIENDS are GOLD! NEW friends are DIAMONDS! If you GET a DIAMOND, DON'T FORGET the GOLD! To HOLD a DIAMOND, you ALWAYS NEED a BASE of GOLD! 

📎6). Often when WE LOSE HOPE and THINK this is the END, GOD SMILES from ABOVE and SAYS, "RELAX, SWEETHEART; it's JUST a BEND, NOT THE END!" 

📎7). When GOD SOLVES your PROBLEMS, you HAVE FAITH in HIS ABILITIES; when GOD DOESN'T SOLVE YOUR PROBLEMS, HE has FAITH in YOUR ABILITIES. 

📎8). A BLIND PERSON asked GOD: "CAN THERE be ANYTHING WORSE THAN LOSING EYE SIGHT?" HE REPLIED: "YES, LOSING YOUR VISION!" 

📎9). When   YOU PRAY for OTHERS, GOD LISTENS to YOU and BLESSES THEM, and SOMETIMES, when you are SAFE and HAPPY, REMEMBER that SOMEONE has PRAYED for YOU.  

📎10). WORRYING does NOT TAKE AWAY TOMORROW'S TROUBLES; IT TAKES AWAY today's PEACE.  

If you ENJOYED this, please COPY it and PASS it to OTHERS. It may BRIGHTEN SOMEONE else's DAY, too.....```


Kisah Ustazah Jatuh Pengsan Berkali-Kali...

Ustazah Pengsan

Dalam sebuah ceramah seorg Ustazah sdg mengajar ilmunya.

Ustazah berbicara di hadapan ramai wanita dlm majlis ta'lim tsbt dgn katanya:
"Daripada membiarkan suami puan2 terjerumus ke dalam dosa, lebih baik izinkan mereka untuk menikah lagi.. Mungkin ini berat, tetapi pahala yang akan Puan2 dapatkan atas kerelaan ini sangatlah besar.."

Salah seorg wanita yg hadir mengangkat tangannya ingin bertanya.

"Silakan puan" : kata ustazah. 

"Terima kasih, Ustazah", wanita itu memulai bicara :

"Begini ustazah dari dulu saya bingung  bagaimana caranya utk memberitahu Ustazah.."

"Syukurlah kalau memang apa yg saya sampaikan sgt bermanfaat buat Puan.." : sahut Ustazah.

"Tapi setelah mendengar ceramah ustazah barulah saya beranikan untuk memberitahu Ustazah.... Bahawaa.. eemmm… sebelum itu saya mohon maaf kalau sampai sekarang saya belum memberitahu hal ini kpd Ustazah.."

"Beritahu saya aja.....kerana kebahagiaan Puan, Insya Allah jadi kebahagiaan saya juga.." sahut Ustazah.

"Baiklah ustazah, bahwa sebenarnya dalam 2 tahun ini, saya sudah menjadi isteri kedua suami Ustazah.."

Mendengar cerita wanita itu, Ustazah terus rebah (pengsan).

Ternyata ustazah sendiri blm sedia menerima kenyataan kalau hal itu yg menimpa dirinya.

Tidak lama kemudian Ustazah sedar, terus diberi minum oleh madunya sambil diajak istighfar... 
Setelah istighfar dan tenang, akhirnya Ustazah berkata kepada madunya :
"Maafkan saya adinda.., ternyata hati ini tidak sekuat batu.. tapi sekarang saya sudah faham dan harus ikhlas menerima nya.."

Sambil berpelukan, ustazah berkata :
"Kita harus menjadi isteri-isteri yang solehah.." 
Kemudian ustazah berdiri di sebelah madunya dan meneruskan ceramahnya dengan mengatakan ini salah satu contoh isteri-isteri yg sabar lillahi ta'ala... 

Semua para jama'ah terharu, salah seorang ibu muda yang cantik menangis teresak2 kemudian berdiri mengangkat tangannya.
"Ya silakan puan,  apa yg mau ditanya?" : tanya ustazah.

Wanita ini dengan air mata bercucuran berkata : "ya ustazah, saya tidak tahu apakah saya ini menangis sedih atau bahagia melihat ustazah dan madu ustazah td.. Saya tidak tahu apakah hati saya kuat kerana ternyata saya adalah isteri ketiganya suami ustazah..."

Tiba-tiba gedebuk ustazah jatuh pengsan lagi diikuti madunya yg juga turut pengsan.

Tidak lama kemudian Ustazah dan madunya sedar terus diberi minum sambil diajak istighfar. Setelah istighfar dan tenang, akhirnya Ustazah berkata : "Maafkan saya adinda-adinda, ternyata hati ini tidak sekuat batu.., tapi sekarang saya sudah faham dan harus ikhlas menerima nya.."

Setelah merasa tenang dan kuat, kemudian ustazah berdiri memegang tangan madu-madunya dan melanjutkan ceramahnya dengan mengatakan ini salah satu contoh isteri-isteri yg sabar lillahi ta'ala..

Semua para jama'ah terharu,  salah seorang wanita muda yang paling cantik kemudian berdiri mengangkat  tangannya.

Tiba-tiba.. gedebuk ustazah pengsan lagi..!
(padahal wanita muda itu blm lg bertanya).

Majlis tetap diteruskan juga, salah seorang urusetia majlis bertanya: 
"Ya silakan puan, apa yg mau ditanya, barangkali saya boleh menjawab.."

Wanita itu sambil menahan sesuatu berkata : 
"Maaf puan, toiletnya sebelah mana ya, saya nak terkencing sgt dh ni

Rilekssssss bha...
(Cerita penglipur lara.. Apa pun ada jua iktibar dlm cerita..)